AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XXII - WANG DAN HARTA DI DALAM MAHKAMAH




Seksyen 220. Dana tak dituntut, dsb.

Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, dana di dalam Mahkamah dan semua barang kemas, sekuriti dan harta alih, selain wang, dan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang dikehendaki bagi maksud pendengaran atau prosiding yang tidak dituntut selepas lima belas tahun, hendaklah menjadi harta dan terletak hak pada Baitumal.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak menuntut dan jika berpuas hati bahawa pihak menuntut itu berhak kepada wang atau harta yang terletak hak pada Baitumal di bawah subseksyen (1), memerintahkan Baitumal membayar wang atau memulangkan harta itu atau nilai harta itu kepada pihak menuntut itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.