AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN VII - JAGAAN
Jagaan ke atas Orang dan Harta




Seksyen 101. Perintah larangan oleh Mahkamah

(1) Walau apa pun peruntukan seksyen 89, Mahkamah boleh, jika ia fikirkan perlu berbuat demikian, membuat suatu perintah melarang bapa atau datuk lelaki di sebelah bapa seorang kanak-kanak atau wasi mereka masing-masing atau wasi kepada wasi mereka masing-masing daripada—
tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Mahkamah.

(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak melanggar perintah itu boleh ditetapkan sebagai tidak sah, dan atas pengisytiharan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.