AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN BAB 3 - PELAKSANAAN
Seksyen 169. Penyata mengenai perintah.
(1) Bailif hendaklah membuat penyata dalam Borang MS 40 mengenai tiap-tiap perintah bagi pelaksanaan sebaik sahaja dia menyempurnakan pelaksanaan itu dan hendaklah menyerahkan suatu salinan penyata itu kepada pemiutang penghakiman dan penghutang penghakiman.
(2) Pemiutang penghakiman berhak memeriksa dan menyalin mana-mana inventori harta, akaun penjualan, baucar atau dokumen lain berhubungan dengan pelaksanaan itu yang disimpan atau disenggarakan oleh bailif.