AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 2 - DARIHAL ADUAN KEPADA HAKIM




Seksyen 74. Pemeriksaan pengadu.

(1) Apabila seseorang Hakim mengambil perhatian tentang sesuatu kesalahan apabila diadukan, dia hendaklah dengan serta-merta memeriksa pengadu itu yang bersumpah mengikut Borang 6 Jadual Kedua, dan isi pemeriksaan itu hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan hendaklah ditandatangani oleh pengadu itu dan juga oleh Hakim itu.

[Pin. Akta A1252:s.2]

(2) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi aduan mengenai sesuatu kesalahan jika saman dipohon dalam suatu kes saman yang dibuat oleh seorang Pegawai Penguatkuasa Agama.





Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.