AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN




Seksyen 134. Perintah ansuran.

(1) Mana-mana penghutang yang terhadapnya penghakiman telah atau akan diberikan boleh memohon kepada Mahkamah--

dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil.

(2) Jika apa-apa ansuran yang dibenarkan dengan perintah di bawah subseksyen (1) tertunggak selama tempoh lebih daripada satu bulan, perintah itu hendaklah disifatkan telah terbatal dan pemiutang penghakiman bolehlah menjalankan pelaksanaan bagi mendapatkan kesemua amaun yang pada masa itu kena dibayar penghakiman itu, tetapi penghutang penghakiman itu boleh memohon untuk mendapatkan perintah yang lain.

(3) Mana-mana pihak boleh, jika suatu perintah pembayaran secara ansuran telah dibuat, memohon supaya perintah itu dibatalkan atau ansuran itu ditambah atau dikurangkan dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.