AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XII - PEMINDAHAN PROSIDING




Seksyen 90. Tatacara mengenai pemindahan.

(1) Apabila suatu perintah dibuat bagi pemindahan mana-mana prosiding daripada satu Mahkamah kepada satu Mahkamah yang lain, Mahkamah yang daripadanya prosiding itu dipindahkan hendaklah menghantar kepada Mahkamah yang kepadanya prosiding itu dipindahkan fail, segala dokumen, ekshibit dan salinan diperakui bagi nota keterangan prosiding itu, jika ada.

(2) Mahkamah yang kepadanya prosiding itu dipindahkan boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memberikan apa-apa arahan tentang perjalanan lanjut prosiding itu sebagaimana yang difikirkannya patut.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.