AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN
BAB 1 - PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA




Seksyen 41. Cara penyampaian.

(1) Tertakluk kepada Bahagian ini, sesuatu saman atau dokumen lain hendaklah disampaikan ke diri, dan hendaklah dilaksanakan dengan menyerahkan saman atau dokumen lain itu, atau dengan mengemukakannya untuk diperiksa dan menyerahkan suatu salinan saman atau dokumen lain itu, kepada orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), suatu salinan yang mengandungi meterai Mahkamah dan tandatangan Pendaftar hendaklah disifatkan sebagai suatu saman atau dokumen asal.

(3) Penyampaian sesuatu saman atau dokumen lain hendaklah dilaksanakan oleh pegawai Mahkamah atau mana-mana orang lain.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.