AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN BAB 3 - PELAKSANAAN
Seksyen 158. Penunaian.
Jika Mahkamah berpuas hati bahawa penghutang penghakiman telah menunaikan penghakiman itu, Mahkamah boleh, atas permohonan penghutang penghakiman itu, merekodkan dalam Daftar Mal bahawa penghakiman itu telah ditunaikan.