AKTA 560 AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN BAB 7 - DARIHAL PEMINDAHAN KES JENAYAH
Seksyen 203. Kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk memindahkan kes.
Bilamana ternyata kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah -
(a) bahawa suatu perbicaraan yang adil dan saksama tidak dapat diadakan di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah;
(b) bahawa sesuatu persoalan undang-undang yang luar biasa rumitnya berkemungkinan timbul;
(c) bahawa suatu lawatan ke tempat yang di dalam atau berhampiran dengannya mana-mana kesalahan telah dilakukan mungkin diperlukan supaya perbicaraan yang memuaskan bagi kesalahan itu dijalankan;
(d) bahawa suatu perintah di bawah seksyen ini akan menjaga kemudahan am pihak-pihak atau saksi-saksi; atau
(e) bahawa perintah yang sedemikian adalah suaimanfaat bagi mencapai matlamat keadilan, atau adalah dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Akta ini,
Hakim itu boleh mengarahkan -
(aa) supaya mana-mana kes jenayah tertentu dipindahkan ke dan dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah; atau
(bb) supaya seseorang tertuduh dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah yang lain.