AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN




Seksyen 149. Penguatkuasaan penghakiman bagi pemilikan harta tak alih.

(1) Tertakluk kepada Akta ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pemberian pemilikan harta tak alih bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu--

(2) Suatu perintah pemilikan tidak boleh diberikan melainkan jika telah ditunjukkan bahawa tiap-tiap orang yang mempunyai milikan sebenar keseluruhan atau mana-mana bahagian tak alih itu telah menerima notis prosiding itu sebagaimana yang didapati mencukupi oleh Mahkamah untuk membolehkannya memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa relief yang dia mungkin berhak untuk mendapatkannya.

(3) Sesuatu perintah pemilikan boleh mengandungi peruntukan bagi menguatkuasakan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar oleh penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan itu.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.