AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am




Seksyen 5. Keterangan boleh diberikan mengenai fakta persoalan dan qarinah.

Keterangan boleh diberikan dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai kewujudan atau ketakwujudan tiap-tiap fakta persoalan dan mengenai apa-apa fakta lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai qarinah,dan tidak mengenai apa-apa fakta lain.

Huraian-Seksyen ini tidak membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai sesuatu fakta yang dia tidak berhak membuktikannya menurut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara mal.

[Pin. Akta A1250:s.2]

MISALAN

A dituduh memukul isterinya B dengan tongkat dengan niat hendak menganiayanya.

Dalam perbicaraan A fakta-fakta yang berikut adalah menjadi persoalan:

A memukul B dengan tongkat itu.

A mencederakan B dengan pukulan itu dengan niat hendak menganiayanya.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.