AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI




Seksyen 105. Soalan yang bertujuan menghina atau menggusarkan.


Mahkamah hendaklah melarang apa-apa soalan yang ternyata padanya bertujuan menghina atau menggusarkan, atau apa-apa soalan yang, walaupun dengan sendirinya adalah wajar, ternyata pada Mahkamah berbentuk menyinggung dengan tak wajar.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.