AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN VII - JAGAAN
Jagaan ke atas Orang dan Harta




Seksyen 95. Jaminan hendaklah diberi

(1) Jika seseorang dilantik oleh Mahkamah menjadi penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak maka dia hendaklah, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, memberi jaminan dengan nilai sebanyak mana yang ditetapkan bahawa dia akan melaksanakan kewajipan sebagai penjaga dengan sewajarnya.

(2) Jaminan itu hendaklah diberi mengikut cara yang ditetapkan pada masa itu bagi penerima yang dilantik oleh Mahkamah; dan penjaga yang dilantik itu hendaklah mengemukakan akaunnya pada tempoh yang diperintahkan, dan hendaklah membayar apa-apa baki yang diperakui kena dibayar olehnya ke dalam Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan bagi penerima.



Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.