AKTA 559 AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
Nota: Pemberhentian pemakaian Enakmen dan peralihan.
(1) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Sel. En. 9/1995] hendaklah terhenti terpakai bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.
(2) Mana-mana prosiding di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Sel. En. 9/1995] yang wujud di hadapan mana-mana mahkamah sebaik sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah Enakmen itu dan bagi maksud prosiding itu Perintah ini hendaklah dianggap seolah-olah tidak dibuat.