AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan oleh Orang yang tidak dapat dipanggil sebagai Saksi.




Seksyen 20. Hal yang dalamnya pernyataan mengenai fakta relevan oleh orang yang telah mati atau tidak dapat dijumpai, dsb. ialah qarinah.

(1) Pernyataan, bertulis atau lisan, mengenai fakta relevan yang dibuat oleh seseorang yang telah mati atau yang tidak dapat dijumpai, atau yang telah menjadi tak upaya untuk memberikan keterangan, atau yang kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah tidak munasabah dalam hal keadaan kes itu, ialah dengan sendirinya qarinah dalam hal-hal yang berikut:
MISALAN
(a) Soalnya ialah tentang tarikh lahir A.

Suatu catatan dalam buku harian seorang doktor bedah yang telah mati, yang biasanya disimpan dalam perjalanan urusan, menyatakan bahawa pada suatu hari tertentu dia telah merawat ibu A yang melahirkan seorang anak lelaki, ialah qarinah.

(b) Soalnya ialah sama ada A berada di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.

Suatu pernyataan dalam buku harian seorang peguambela yang telah mati, yang biasanya disimpan dalam perjalanan urusan bahawa pada suatu hari tertentu peguambela itu telah ada bersama A di suatu tempat yang dinyatakan di Kuala Lumpur bagi maksud berbincang dengannya mengenai urusan tertentu ialah qarinah.

(c) Soalnya ialah sama ada A dan B telah berkahwin dengan sah di sisi undang-undang.

Pernyataan seorang Kadi yang telah mati bahawa dia telah mengahwinkan mereka dalam hal keadaan yang boleh menjadikan upacara itu tak sah ialah qarinah.

(d) Soalnya ialah sama ada A, seorang yang tidak dapat dijumpai, telah menulis suatu surat pada suatu hari tertentu.

Fakta bahawa suatu surat yang ditulis olehnya bertarikh pada hari itu ialah qarinah.

(e) Soalnya ialah sama ada A, yang telah mati, ialah bapa B.

Suatu pernyataan oleh A bahawa B ialah anaknya ialah qarinah.

(f) Soalnya ialah bila tarikh lahir A?

Suatu surat daripada bapa A yang telah mati kepada seorang sahabatnya, memberitahu tentang kelahiran A pada suatu hari tertentu, ialah qarinah.

(g) Soalnya ialah sama ada dan bila A dan B berkahwin.

Suatu catatan dalam buku memorandum oleh C, iaitu bapa B yang telah mati, berkenaan dengan perkahwinan anak perempuannya dengan A pada suatu hari tertentu, ialah qarinah.

(2) Keterangan mengenai pernyataan sedemikian hendaklah diberikan oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi lelaki atau oleh seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.

(3) Keterangan berhubungan dengan pernyataan sedemikian tidak boleh diterima di bawah hal keadaan yang berikut:
Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.