AKTA 561 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN I - KERELEVANAN BAB 2 - QARINAH Bila watak menjadi Qarinah.
Seksyen 40. Dalam kes mal, watak bagi membuktikan kelakuan yang ditomahkan tidaklah qarinah.
Dalam kes mal, fakta bahawa watak mana-mana orang yang berkenaan adalah sebegitu hingga boleh menjadikan apa-apa kelakuan yang ditohmahkan atasnya barangkali atau tak barangkali tidaklah qarinah, kecuali setakat yang wataknya itu ternyata daripada fakta yang qarinah.