AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 2 - SAKSI




Seksyen 88. Keterangan oleh saksi tunggal dan sumpah plaintif.


Jika dalam kes mal, plaintif hanya mengemukakan seorang saksi, keterangan saksi itu hanya boleh diterima jika keterangannya diberikan berserta dengan sumpah plaintif itu.

MISALAN

Dalam suatu tuntutan bagi pembayaran balik hutang oleh plaintif terhadap defendan, keterangan seorang saksi yang dikemukakan oleh plaintif yang diberikan berserta dengan sumpah plaintif hendaklah menjadi bukti yang cukup terhadap tuntutannya.




Copyright © 2006 PNMB-LawNet. All rights reserved.