AKTA 585 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK BAB 2 - ORANG TAK BERKEUPAYAAN
Seksyen 25. Persetujuan bagi pihak orang tak berkeupayaan.
Sesuatu persetujuan yang diberikan atau pengetepian yang dibuat bagi pihak seorang orang tak berkeupayaan oleh penjaga ad litemnya dengan kelulusan Mahkamah hendaklah mengikat orang tak berkeupayaan itu.