ENAKMEN 8 TAHUN 2005
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) (PINDAAN) 2005
Seksyen 2. Seksyen baru 47A.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 47 seksyen yang berikut:
“Seksyen 47A. Melantik mana-mana orang dan jawatankuasa kecil.
(1) Jawatankuasa Fatwa boleh melantik mana-mana orang dan apa-apa jawatankuasa kecil, bagaimana jua dinamakan, bagi membantu melaksanakan fungsinya termasuk apa-apa fungsi yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang dan bagi maksud penyelidikan.
(2) Suatu jawatankuasa kecil hendaklah dipengerusikan oleh seorang anggota Jawatankuasa Fatwa dan dianggotai oleh mana-mana orang lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Fatwa.
(3) Suatu jawatankuasa kecil boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
(4) Suatu jawatankuasa kecil hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa.
(5) Jawatankuasa Fatwa boleh menamatkan pelantikan mana-mana jawatankuasa kecil atau menggantikan mana-mana anggota jawatankuasa kecil.
(6) Suatu jawatankuasa kecil boleh menjemput mana-mana orang yang pada pendapatnya memiliki pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh jawatankuasa kecil itu bagi menghadiri apa-apa mesyuarat jawatankuasa kecil itu dan menasihati jawatankuasa kecil itu tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi.
(7) Suatu jawatankuasa kecil hendaklah melaporkan mana-mana syornya kepada Jawatankuasa Fatwa.”.
Diluluskan dalam Dewan Negeri yang bersidang pada 1 Disember 2005.
YAAKOP BIN RANTAU
Setiausaha
Dewan Undangan Negeri
Negeri Sembilan
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.