ENAKMEN 2 TAHUN 2002 ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PINDAAN) 2002
Seksyen 8. Pindaan seksyen 6
Seksyen 6 dalam Enakmen ibu adalah dipinda—
(a) dengan memotong subseksyen (1);
(b) dengan menomborkan semula subseksyen (2) sebagai subseksyen (1);
(c) dengan menomborkan semula subseksyen (3) sebagai subseksyen (2); dan
(d) dengan memasukkan selepas subseksyen (2), subseksyen yang berikut:
“(3) Selain daripada apa yang diperuntukkan dalam subseksyen (1), seseorang itu hendaklah terhenti daripada menjadi anggota Jemaah jika dia—
(a) meninggal dunia;
(b) meletakkan jawatan dengan memberi notis secara bertulis kepada Pengerusi; atau
(c) tanpa alasan yang munasabah telah tidak hadir mesyuarat Jemaah tiga kali berturut-turut.
(3A) Apabila seseorang itu terhenti daripada menjadi anggota Jemaah mengikut subseksyen (3), Pendaftar hendaklah mengarahkan Jemaah mengambil langkah yang perlu untuk menggantikan anggota itu.”.