ENAKMEN 8 TAHUN 1995 ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM (PINDAAN) 1995
Seksyen 26. Pindaan seksyen 79
Seksyen 79 Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
"(3A) Mana-mana orang yang tauliahnya sudah ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh dia diberitahu bahawa tauliahnya sudah ditarik balik, menyerahkan tauliah itu kepada Setiausaha Jawatankuasa.
(3B) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3A) adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.".