ENAKMEN 4 TAHUN 1992 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (PINDAAN) 1992
Seksyen 7. Pindaan kepada seksyen 21.
Seksyen 21 Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan yang berikut:
"(1) Tiada lelaki boleh berkahwin lagi dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan pengesahan secara bertulis daripada Kadi bahawa dia telah membuat pengakuan di hadapan Kadi yang ia akan berlaku adil terhadap isteri-isterinya, dan jika dia berkahwin sedemikian tanpa pengesahan tersebut, perkahwinan itu hanya boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini atas perintah Mahkamah tertakluk kepada seksyen 118.".