ENAKMEN 6 TAHUN 1989
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PINDAAN KETUJUH) 1989
Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 7, seksyen baru 7A yang berikut:
"Seksyen 7A. Kuasa Am bagi Majlis
Majlis boleh membuat perniagaan atau membuat perkongsian atau apa-apa perkiraan-perkiraan untuk membahagikan keuntungan-keuntungan, kepentingan yang sama, koperasi, usahasama, berbalas-balas konsesan atau sebaliknya dengan mana-mana orang, badan, pihak berkuasa atau syarikat yang menjalankan atau bersangkutan dengan, atau mana-mana perniagaan atau transaksi yang boleh diuruskan supaya boleh memberi keuntungan secara langsung atau tidak langsung kepada Majlis, dan menerima atau dengan jalan lain mendapat saham-saham mana-mana badan, pihak berkuasa atau syarikat, dan untuk menjual, atau sebaliknya berurusan dengan itu".
Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 3hb Ramadan, 1409 bersamaan 9hb April, 1989.