ENAKMEN 4 TAHUN 1975
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM (PINDAAN) 1975
Seksyen 4. Pindaan bagi seksyen 79
Seksyen 79 Enakmen ibu adalah dengan ini dipinda dengan menambah seksyenkecil baru (4) seperti berikut selepas seksyenkecil (3):
"(4) Barang siapa yang menjalankan tugas seolah-olah sebagai seorang Pegawai Masjid dengan tidak ada kebenaran daripada Majlis adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah dihukum penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit atau kedua-duanya sekali iaitu penjara dan denda."
Diluluskan oleh Dewan Negeri pada 27 haribulan April, 1975.
SYED HASSAN BIN SYED AHMAD,
Setiausaha, Dewan Negeri perlis
[S.U.K. PS. 331/62.]
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.