ENAKMEN 10 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI SEMBILAN) (PINDAAN) 1992



Seksyen 2. Pindaan seksyen 38.

Seksyen 38 (1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 [Enakmen 1/1991] yang dalam Enakmen ini disebut "Enakmen ibu" adalah dipinda dengan menggantikannya dengan yang berikut:

"(1) Tertakluk kepada peruntukan subseksyen (2) hingga (5), seseorang Hakim yang dilantik di bawah subseksyen (1) seksyen 37 hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur lima puluh lima tahun:

Dengan syarat bahawa tempoh jawatan tersebut bolehlah dilanjutkan untuk suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun sebagaimana diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar.".



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.