ENAKMEN 4 TAHUN 1992 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (PINDAAN) 1992
Seksyen 4. Pindaan kepada seksyen 8.
Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 8 dengan yang berikut:
"Seksyen 8. Sekatan perkahwinan.
(1) Tiada lelaki atau perempuan bolen berkahwin dengan seorang bukan Islam.
(2) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika bakal suami berumur kurang daripada lapan belas tahun atau bakal isteri berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali dengan kebenaran secara bertulis oleh Hakim Syar'iah.".