ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (PINDAAN) 1994 - NO. 4 TAHUN 1994



Seksyen 10. Pindaan seksyen 31.

Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 31 dengan seksyen yang berikut:

"Seksyen 31. Kecualian kaedah-kaedah dan perlantikan-perlantikan

Semua kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran dan perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Enakmen ini hendaklah terus berkuatkuasa, setakat yang ia tidak bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran, atau perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini".



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.