ENAKMEN A6 ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) (PINDAAN) 2005.
Seksyen 3. Pindaan seksyen 40.
Seksyen 40 Enakmen ibu dipinda–
(a) dalam subseksyen (4), dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “assent” dengan perkataan “consent”; dan
(b) dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan “dan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu, maka Majlis selepas berunding dengan Jawatankuasa Fatwa hendaklah menimbangkan nasihat dan syor itu dan sesudah itu boleh menyebabkan supaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa pindaan atau ubahsuaian, dan peruntukan seksyen 37, kecuali subseksyen 37(7), hendaklah terpakai baginya” dengan perkataan “dan Majlis Raja-Raja telah bersetuju dengan nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu, maka Majlis selepas berunding dengan Jawatankuasa Fatwa boleh menimbangkan nasihat dan syor itu dan sesudah itu Jawatankuasa Fatwa boleh membuat syor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk mendapatkan perkenan Baginda supaya fatwa mengikut nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa ubahsuaian atau pindaan dan subseksyen 37(5), (6), (8) dan (9) hendaklah terpakai baginya.”.