ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR (PINDAAN) 2003
Seksyen 2. Seksyen baru 136 dan 137
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 2/2003], yang disebut “Enakmen ibu” dalam Enakmen ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 135, seksyen yang berikut:
“Seksyen 136. Pemansuhan
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984 [En. 4/1984] dimansuhkan.
Seksyen 137. Kecualian dan peralihan
(1) Semua kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang mansuh menurut kuasa oleh Enakmen ini hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran, atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.
(2) Apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, semua kuasa Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah diambilalih atau dijalankan oleh Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini dan mana-mana sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya tentang Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahalu hendaklah disifatkan sebagai sebutan tentang Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini.”
Diluluskan pada 19 November 2003
[P.U. Sel. AGM 0033]BAKHTIAR BIN HUSSIN
Setiausaha
Dewan Undangan Negeri
Selangor
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.