ENAKMEN 10 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI SEMBILAN) (PINDAAN) 1992



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) (Pindaan) 1992.

(2) Enakmen ini hendaklah dianggap telah mula berkuatkuasa pada 1hb Julai 1991 dan untuk mengelakkan sebarang keraguan, peruntukan-peruntukan Enakmen ini hendaklah menjadi bahagian yang bersekali kepada Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 mulai dari tarikh penguatkuasaannya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.