ENAKMEN 2 TAHUN 2002 ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PINDAAN) 2002
Seksyen 6. Pindaan seksyen 5
Seksyen 5 Enakmen ibu adalah dipinda—
(a) dengan menggantikan subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1) Sebelum sesuatu Sekolah Islam dibenarkan untuk didaftarkan di bawah Enakmen ini maka hendaklah ada satu surat cara cadangan untuk menubuhkan Jemaah Pengurusan Sekolah Islam, yang telah diluluskan oleh Pendaftar, seperti yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini.”;
(b) dengan menggantikan subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2) Jemaah yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terdiri daripada—
(a) seorang Pengerusi;
(b) seorang Timbalan Pengerusi;
(c) seorang Setiausaha;
(d) seorang Bendahari; dan
(e) tidak lebih daripada lima orang anggota biasa.”
(c) dengan memasukkan selepas subseksyen (2), subseksyen yang berikut:
“(3) Jemaah hendaklah melantik dua orang sebagai Pemeriksa Kira-Kira yang bukan dari anggota Jemaah.
(4) Jika Pendaftar berpendapat bahawa mana-mana orang yang telah dicadangkan sebagai anggota Jemaah bukanlah seorang yang layak dan patut, maka dia boleh menolak cadangan itu dan Jemaah hendaklah, atas penolakan sedemikian, mencadangkan seorang lain sebagai ganti jika tidak Pendaftar boleh melantik mana-mana orang lain sebagai ganti orang itu untuk menjadi anggota Jemaah itu.”; dan
(d) dengan menomborkan semula subseksyen (3) sebagai subseksyen (5).