ENAKMEN 4 TAHUN 1992 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (PINDAAN) 1992
Seksyen 14. Pindaan kepada seksyen 51.
Seksyen 51 Enakmen ibu adalah dipinda dengan-
(a) memasukkan selepas sahaja subseksyen (4), subseksyen (5) baru seperti berikut:
"(5) Tiada lafaz talaq atau perintah perceraian atau pembubaran perkahwinan boleh didaftarkan melainkan jika Pendaftar berpuas hati bahawa Mahkamah telah membuat perintah mengenainya."; dan
(b) menjadikan subseksyen (5) yang sedia ada sebagai subseksyen (6).