ENAKMEN 6 TAHUN 2000
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PINDAAN) 2000
Seksyen 2. Pindaan seksyen 22.
Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 [En. 6/1996] yang disebut "Enakmen ibu" dalam Enakmen ini, adalah dipinda dalam seksyen 22-
(i) dengan menggantikan perkataan-perkataan "sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun" dengan perkataan "dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun"; dan
(ii) dengan menggantikan perkataan-perkataan "dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun" dengan perkataan "lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun".
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.