ENAKMEN 3 TAHUN 2004
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN (PINDAAN) 2004
Seksyen 2. Pindaan seksyen 2.
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 [Enakmen No. 4/1992], yang disebut “Enakmen ibu” dalam Enakmen ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)—
(a) dengan memasukkan selepas takrif “baligh” takrif yang berikut:
‘ “Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No. 10/2003];’;
(b) dalam takrif “Hakim” dengan menggantikan perkataan “seksyen 37 dan 39 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991[Enakmen No. 1/1991], yang mana berkenaan” dengan perkataan “seksyen 56, 57, 58 atau 59 Enakmen Pentadbiran, mengikut mana-mana yang berkenaan”;
(c) dalam takrif “Mahkamah” dengan menggantikan perkataan “seksyen 36 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991” dengan perkataan “seksyen 55 Enakmen Pentadbiran”;
(d) dalam takrif “Majlis” dengan menggantikan perkataan “Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991” dengan perkataan “Enakmen Pentadbiran”;
(e) dengan memasukkan selepas takrif “Majlis” takrif yang berikut:
‘ “mengajar agama” ertinya mengajar apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama Islam, termasuk memberi ucapan atau kuliah;’ dan
(f) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan noktah di hujung takrif “takfir” dengan koma bertitik.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.