ENAKMEN 4 TAHUN 1975 ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM (PINDAAN) 1975
Seksyen 3. Pindaan bagi seksyen 75
Seksyenkecil (1) seksyen 75 Enakmen ibu adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan seksyenkecil baru seperti berikut:
"(1) Tidak boleh mana-mana orang mendiri atau mewakafkan sesebuah masjid atau menggunakan sesebuah bangunan yang telah tersedia ada atau mana-mana kawasan lapang sebagai sebuah masjid atau bagi maksud menggunakannya sebagai sebuah masjid atau untuk membaca Khutbah kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Majlis."