ENAKMEN 10 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI SEMBILAN) (PINDAAN) 1992



Seksyen 3. Seksyen baru 51A.

Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 51, seksyen baru yang berikut:

"Seksyen 51A. Jawatankuasa Ulangbicara.

(1) Walau apapun yang diperuntukkan oleh seksyen 47 dan 48, sehingga satu masa Mahkamah Rayuan Syariah ditubuhkan di bawah seksyen 36, mana-mana rayuan yang boleh didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan diputuskan oleh satu Jawatankuasa Ulangbicara yang hendaklah dianggotai oleh tiga orang yang dipilih oleh Setiausaha dari satu panel yang terdiri dari tujuh orang Islam atau lebih yang patut dan layak, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Besar atas nasihat Majlis.

(2) Jawatankuasa Ulangbicara yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai dan menjalankan semua fungsi-fungsi, kuasa-kuasa dan bidangkuasa yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan Syariah di bawah Enakmen ini.

(3) Seksyen-seksyen 49, 50 dan 51 hendaklah terpakai kepada Jawatankuasa Ulangbicara yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) seolah-olah Jawatankuasa itu adalah Mahkamah Rayuan Syariah dan ahli Jawatankuasa itu adalah Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.".

Diluluskan pada 17hb Disember 1992.

RAMLl BIN MOHD. NOOR,
Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri,
Negeri Sembilan



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.