ENAKMEN 3 TAHUN 1996 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (PINDAAN) 1996
Seksyen 3. Pindaan seksyen 2.
Seksyen 2, Enakmen ibu adalah dipinda---
(a) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan takrif "bermastautin" dengan takrif yang berikut:
' "bermastautin" ertinya tinggal secara tetap atau pada kelazimannya, tinggal berumahtangga dalam sesuatu kawasan yang tertentu;';
(b) dengan menggantikan takrif "bermukim" dengan takrif yang berikut:
' "bermukim" ertinya tinggal sementara dalam sesuatu kawasan yang tertentu;';
(c) dengan memasukkan selepas takrif "duda" takrif yang berikut:
' "Enakmen Pentadbiran " ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992;';
(d) dengan menggantikan takrif "Hakim Syar'iah" dengan takrif yang berikut:
' "Hakim " ertinya Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau Hakim Mahkamah Tinggi Syariah;';
(e) dengan menggantikan takrif "harta sepencarian" dengan takrif yang berikut:
' "harta sepencarian" ertinya pendapatan atau harta yang didapati dan diperolehi daripada usaha bersama di antara suami dan isteri dan termasuklah apa-apa pendapatan yang didapati daripada modal hasil daripada usaha mereka bersama atau apa-apa bentuk sumbangan lain semasa perkahwinan;';
(f) dengan menggantikan takrif "janda" dengan takrif yang berikut:
' "janda" ertinya seorang perempuan yang telah diceraikan;';
(g) dengan menggantikan takrif "kariah" dan "kariah masjid" dengan takrif yang berikut:
' "kariah" atau "kariah masjid" berhubungan dengan masjid, ertinya kawasan atau sempadan yang ditentukan di bawah seksyen 63 Enakmen Pentadbiran;';
(h) dengan menggantikan takrif "Mahkamah dengan takrif yang berikut:
' "Mahkamah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Enakmen Pentadbiran;';
(i) dengan menggantikan takrif "Majlis" dengan takrif yang berikut:
' "Majlis" ertinya Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Enakmen Pentadbiran;';
(j) dalam takrif "mas kahwin" dengan memotong perkataan "kahwin";
(k) dalam takrif "mut'ah" teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan "dari segi" dengan perkataan "mengikut";
(l) dalam takrif "persetubuhan syubhah" dengan menggantikan perkataan "Had" dengan yang berikut "Had".