ENAKMEN 2 TAHUN 2003 ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PINDAAN) 2003
Seksyen 15. Seksyen baru 25E
Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 25D seksyen yang berikut:
“Seksyen 25E. Halangan.
Mana-mana orang yang—
(a) menghalang Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Nazir Sekolah atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Majlis yang dengan sah menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini;
(b) apabila dikehendaki oleh Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Nazir Sekolah, atau orang yang diberi kuasa oleh Majlis supaya mengemukakan apa-apa buku, rekod akaun, dokumen atau benda lain yang dia berkuasa atau sepatutnya berkuasa, dalam perjalanan biasa urusan, mengemukakannya, berlengah-lengah mengemukakannya kepada Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Nazir Sekolah atau orang yang diberi kuasa oleh Majlis itu;
(c) apabila dikehendaki oleh Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Nazir Sekolah atau orang yang diberi kuasa oleh Majlis supaya memberikan apa-apa maklumat enggan, meninggalkan daripada atau mengabaikan memberikan maklumat itu atau memberikan maklumat yang palsu atau yang mengelirukan; atau
(d) menghalang penyitaan apa-apa dokumen atau benda di bawah seksyen 25A; atau
(e) menghalang penutupan mana-mana Sekolah Islam di bawah seksyen 16C atau 25C,
melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.