ENAKMEN 2 TAHUN 2002 ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PINDAAN) 2002
Seksyen 4. Pindaan seksyen 4
Seksyen 4 Enakmen ibu adalah dipinda—
(a) dengan menggantikan subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3) Pendaftar hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar yang mengandungi butir-butir mengenai semua Sekolah Islam yang didaftarkan di bawah Enakmen ini.”; dan
(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3), subseksyen yang berikut:
“(4) Pendaftar boleh pada bila-bila masa memeriksa rekod-rekod kewangan Sekolah Islam.”.