ENAKMEN 2 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PINDAAN) 2002
Seksyen 2. Pindaan seksyen 2
Seksyen 2 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 [En. 6/96.] yang disebut “Enakmen ibu” dalam Enakmen ini, adalah dipinda—
(a) dengan memasukkan sebelum takrif “Jemaah” takrif yang berikut:
‘ “Jawatankuasa” ertinya badan yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam di bawah subseksyen 20(1) dalam Enakmen ini;’;
(b) dengan memotong takrif “Lembaga”; dan
(c) dalam takrif “Sekolah Islam”—
(i) dengan memotong perkataan “balaisah,”; dan
(ii) dengan memasukkan selepas perkataan “Kementerian Pendidikan” perkataan “dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan”.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.