ENAKMEN 2 TAHUN 2003
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PINDAAN) 2003
Seksyen 2. Pindaan seksyen 2
Seksyen 2 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 yang disebut “Enakmen ibu” dalam Enakmen ini, dipinda—
(a) dalam takrif “Majlis” dengan menggantikan perkataan “1991” perkataan “2002”;
(b) dalam takrif “Pendaftar” dengan memotong perkataan “dan termasuklah Timbalan Pendaftar”;
(c) dengan menggantikan noktah di hujung takrif “Sekolah Islam” itu dengan koma bernoktah; dan
(d) dengan memasukkan selepas takrif “Sekolah Islam” takrif yang berikut:
‘ “ Timbalan Pendaftar ” ertinya Timbalan Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3.’.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.