ENAKMEN 2 TAHUN 2002 ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PINDAAN) 2002
Seksyen 3. Pindaan seksyen 3
Enakmen ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 3 seksyen yang berikut:
Pelantikan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar.
“3. Majlis boleh, dengan kelulusan Raja, melantik—
(a) Ketua Unit Kawalan Sekolah Islam Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang akan bertindak sebagai Pendaftar Sekolah Islam;
(b) Pegawai Agama Islam Daerah di setiap daerah dalam Negeri Sembilan yang akan bertindak sebagai Timbalan Pendaftar Sekolah Islam; dan
(c) Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang akan bertindak sebagai Timbalan Pendaftar Sekolah Islam.”.