ENAKMEN 2 TAHUN 2003
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PINDAAN) 2003
Seksyen 16. Pindaan seksyen 26
Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 26 dengan seksyen yang berikut:
“Seksyen 26. Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang.
Tindakan tidak boleh dibawa dan pendakwaan tidak boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap Kerajaan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Majlis, Jawatankuasa, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Nazir Sekolah, atau orang yang diberi kuasa oleh Majlis atau pekhidmat Kerajaan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Majlis atau Jawatankuasa bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan di bawah Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini—
(a) dengan suci hati;
(b) dengan kepercayaan yang munasabah bahawa apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai dengannya; atau
(c) untuk melaksanakan peruntukan Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini.”.
Diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 1 April 2003.
YAAKOP BIN RANTAU
Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri,
Negeri Sembilan
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.