ENAKMEN 6 TAHUN 1966
ENACTMENT PENTADBIRAN UGAMA ISLAM (PINDAAN PERTAMA) 1966



Sekshen 3. Sekshen2 baharu 72A hingga 72C

Salepas sekshen 72 ibu Undang2 masokkan sekshen2 saperti berikut:

"ZAKAT DAN FITRAH

Sekshen 72A. Kuasa Majlis.

Majlis berkuasa dan berkewajipan mengutip bagi pehak Raja Pemerentah segala zakat dan fitrah yang kena di-bayar di-dalam negeri mengikut hukum Shar'a dan membahagi2kan kutipan itu mengikut saperti yang di-arahkan oleh Majlis dengan kebenaran Raja Pemerentah terta'alok kapada sharat2 Undang2 ini.

Sekshen 72B. Peratoran2

(1) Dengan kebenaran Raja Pemerentah, Majlis boleh membuat peratoran2 untok menjalan-kan segala perkara2 berkaitan dengan kutipan, pentadbiran dan pembahagian zakat dan fitrah.

(2) Dengan tidak menyentoh kapada kuasa2 yang di-berikan oleh cheraian kechil (1) di-atas, Majlis boleh, dengan kebenaran Raja Pemerentah, membuat peratoran2:
Sekshen 72C. Permintaan Ulang-bichara.

Sa-saorang itu boleh membuat bantahan kapada Majlis terhadap sabarang tuntutan kapada-nya untok membayar zakat dan fitrah. Majlis hendak-lah menimbang bantahan itu dan boleh membuat keputusan berkenaan dengan bantahan itu yang di-fikirkan-nya 'adil. Permintaan ulang-bichara di-atas keputusan itu boleh di-buat kapada Raja Pemerentah jika sakira-nya zakat dan fitrah itu berharga tidak kurang daripada sa-ratus ringgit. Permintaan ulang-bichara saumpama itu boleh di-kemukakan kapada Jawatan Kuasa Ulang-bichara untok fikiran dan keputusan-nya saolah2 ulang-bichara itu sabagai satu ulang-bichara mal daripada Mahkamah Kathi."



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.