ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (PINDAAN) 1992
Seksyen 11. Pindaan kepada seksyen 48A.
Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas sahaja seksyen 48, seksyen 48A baru seperti berikut:
"Seksyen 48A. Li'an.
(1) Apabila suami atau isteri dalam sesuatu perkahwinan telah bersumpah secara li'an mengikut Hukum Syara' di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syar'iah, Hakim itu hendaklah memerintahkan suami dan isteri itu berfarak dan berpisah buat selama-Iamanya.
(2) Mahkamah hendaklah merekodkan perceraian secara li'an dengan sewajarnya dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.".
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.