ENAKMEN 4 TAHUN 1992 ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) (PINDAAN) 1992
Seksyen 12. Pindaan seksyen 36
Seksyen 36 Enakmen ibu adalah dipinda-
(a) dalam subseksyen (1)-
(i) dengan menggantikan koma selepas perkataan ditubuhkan dengan noktah;
(ii) dengan menggantikan perkataan "melainkan" dengan perkataan "Melainkan"; dan
(iii) dengan memotong perkataan-perkataan "Pentadbiran Baitulmal termasuklah pegawai dan kakitangan di bawahnya hendaklah diletak di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka."; dan
(b) dalam proviso kepada subseksyen (3)-
(i) dengan menggantikan perkataan-perkataan "dilabur pada Majlis boleh" dengan perkataan-perkataan "terletakhak pada Majlis boleh dilabur,"; dan
(ii) dengan memasukkan selepas perkataan-perkataan "dalam mana-mana" perkataan-perkataan "pelaburan yang diluluskan oleh mana-mana".