ENAKMEN 4 TAHUN 2000 ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (PINDAAN) 2000
Seksyen 4. Seksyen baru 31A.
Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 31 [En. 7] seksyen yang berikut-
"Seksyen 31A. Kuasa untuk menubuhkan syarikat.
(1) Majlis boleh dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan apa-apa aktiviti Majlis dalam melaksanakan kewajipan atau kuasa-kuasanya di bawah seksyen 30.
(2) Tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau berupa sebagai ditubuhkan oleh Majlis di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] sebelum seksyen ini mula berkuatkuasa hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sah dan hendaklah terus wujud seolah-olah ia telah ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).
(3) Apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Majlis kepada sesuatu syarikat yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sah di bawah subseksyen 7(2).".