ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (PINDAAN) 1992
Seksyen 15. Seksyen baru 51A.
Enakmen ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas sahaja seksyen 51, seksyen 51A baru seperti berikut:
"Seksyen 51A. Perceraian diluar Mahkamah.
(1) Walau apa pun peruntukan seksyen 51, seorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa cara di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah hendaklah dalam masa tujuh hari dari talaq itu dilafazkan melapor lafaz talaq itu kepada Mahkamah.
(2) Mahkamah hendaklah mengadakan perbicaraan untuk memastikan bahawa talaq itu telah dilafazkan dengan sah mengikut Hukum Syara'.
(3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa talaq itu telah dilafazkan dengan sah mengikut Hukum Syara', Mahkamah hendaklah tertakluk kepada seksyen 119, membuat perintah mengesahkan perceraian talaq itu. Mahkamah hendaklah merekodkan perceraian itu dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.".
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.