ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) (PINDAAN) 2004
Seksyen 2. Pindaan seksyen 11.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No. 10/2003], yang disebut “Enakmen ibu” dalam Enakmen ini, dipinda dalam perenggan 11(1)(c)—
(a) dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan (v); dan
(b) dengan memasukkan selepas subperenggan (v) subperenggan yang berikut:
“(vi) Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan; dan”.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.