ENAKMEN 2 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (PINDAAN) 2002



Seksyen 16. Pemansuhan dan peralihan

16. (1) Apabila berkuatkuasanya Enakmen ini, Bahagian VIII Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 adalah dengan ini dimansuhkan dan hendaklah terhenti daripada dipakai di Negeri Sembilan.

(2) Subseksyen (1) hendaklah tidak menyentuh apa-apa prosiding atau pendakwaan ke atas kesalahan-kesalahan dilakukan sebelum mula berkuatkuasa Enakmen ini, dan tidak menyentuh perjalanan Bahagian yang dimansuhkan ke atas apa-apa perkara yang dilakukan atau tertanggung di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau berlaku di bawahnya.”.

Diluluskan pada 2 April 2002.

YAAKOP BIN RANTAU
Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri,
Negeri Sembilan



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.